Jul 24, 2011

Sifat Rendah Diri Anak-anak



Rasa rendah diri Anak-anak


Perasaan rendah diri sebahagian anak-anak merupakan pembawaan sejak lahir. Adakalanya ia merupakan penyakit atau kesan dari kedudukan ekonomi. Sifat rendah diri termasuk salah satu gejala psikologi yang merbahaya yang merubah kehidupan anak-anak.

Antara faktor lahirnya sifat rendah diri di kalangan anak-anak ialah penghinaan, celaan, terlalu dimanjakan, membezakan antara anak-anak, kecacatan jasmani dan sebagainya.

Sekiranya anak-anak dihina dan dicela pada kesalahan pertama ini merupakan faktor yang menyebabkan gangguan psiokologi anak-anak. Kita biasa melihat sebahagian ibubapa bertindak kurang wajar terhadap anak-anak mereka. Contohnya apabila anak-anak mengganggu adiknya, ibubapa mengambil sikap keterlaluan memarahi mereka dan mencela sikap tersebut. Sehinggakan ada yang memukul anak dengan teruk yang tidak sepadan dengan kesalahan yang dilakukan. Adakala juga ibubapa membebel terhadap anak-anak lebih daripada apa yang sepatutnya. Sabda Rasulullah saw:

إن الله رفيق يحبّ الرفق في الأمر كله

Maksudnya : "Sesungguhnya Allah itu Maha Lemah Lembut, suka kepada kelembutan dalam segala urusan."(al-Bukhari)

Sebenarnya, perlakuan sedemikian merupakan salah satu factor yang menyebabkan anak-anak memandang dirinya sebagai orang yang hina dan tidak berguna. Ini boleh mengganggu jiwa dan perasaan anak-anak dan mendorong mereka memandang adik beradik lain dengan sinis, dengki dan menjauhkan diri daripada tanggongjawab.

Kesimpulan yang dapat kita fahami bahawa menghina anak apa lagi di hadapan orang lain merupakan faktor yang terbesar yang menjadikan mereka rasa rendah diri.

Begitu juga, memanjakan anak secara berlebihan juga merupakan faktor yang menyebabkan anak kurang mampu berdikari, dan percaya kepada diri sendiri.

Di samping itu, kecacatan jasmani juga antara factor menjadikan seseorang rasa rendah diri. Oleh itu Islam menhendaki orang seperti ini perlu diberi perhatian oleh ibubapa, saudara mara dan jiran tetangga. Tanamkan keyakinan kepada mereka bahawa Allah tidak memandang keadaan fizikal seseorang tetapi melihat kepada keikhlasan dan amalan.
Kemiskinan juga merupakan faktor yang menyebabkan anak berasa rendah diri. 


Anak-anak akan bersikap demikian apabila melihat kawan-kawan lain yang kaya dan hidup mewah. Dalam suasana ini ibubapa perlulah memberi keyakinan kepada anak-anak bahawa kekayaan boleh dicapai dengan belajar dan berusaha. Dan kebahagiaan orang mukmin bukan sekadar di dunia bahkan yang lebih baik adalah kesenangan di akhirat.

Setiap ibubapa hendaklah sentasa mengawasi kehidupan anak-anak terutama tentang mental dan psiokologi mereka agar ibubapa dapat mengenal pasti unsur-unsur negetif yang terdapat pada mereka dan dengan cepat dan berhemat dapat mengatasi permasalahan anak-anak agar ianya tidak berlarutan yang boleh merosakkan diri dan masa depan mereka.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates