Jul 24, 2011

Marilah berhijrah



Marilah Berhijrah
                          
Tirai tahun 1427 telah di labuhkan ,kini tiba sinar 1428 mula menyinsing,  Ini bererti hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah berlalu 15 abad. Jika kita kaji dan selidiki hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat dari Mekah ke Madinah itu, kita akan dapati hijrah tersebut telah membawa perubahan yang besar kepada kebangkitan, kemantapan dan perkembangan agama Islam, bahkan hijrah itu sebagai titik permulaan kuasa Islam berkembang dan tersebar ke seluruh dunia.

Oleh itu penghayatan di sebalik peristiwa hijrah adalah suatu yang  dituntut dalam Islam, ini kerana pengajaran dan iktibar dari peristiwa hijrah itulah peninggalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang amat berharga dan berguna jika dimanfaatkan. Dan mesej hijrah tetap berterusan sehingga bila-bila masa. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya:

Dari Muawiyah Radiallahuanhu ia berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hijrah itu tidak akan terhenti sehinggalah terutupnya peluang taubat dan peluang taubat itu tidak akan tertutup sehinggalah matahari terbit dari tempat terbenamnya.''

Dari hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa hijrah itu akan terus berlaku dalam kehidupan umat Islam. Hijrah dalam erti kata meninggalkan segala perbuatan yang ditegah dan diharamkan menuju ke arah kehidupan yang lebih baik dan sempurna dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wataala. Hijrah seperti inilah yang wajib dilakukan oleh setiap orang Islam. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Muddatstsir ayat 5 tafsirnya:


"Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi."


Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:

والمهاجر من هاجر عما نهى الله عنه
"Dari Abdullah bin Amru Radiallahuanhuma dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Dan orang yang berhijrah itu adalah barangsiapa yang berhijrah dari apa yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wataala."

Umat Islam perlu sedar dan menjadikan iktibar bahawa nilai pengorbanan diri, keluarga, harta dan tanah air yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat itu amat tinggi dan semuanya itu dilakukan semata-mata bagi menyelamatkan agama . tetapi dewasa ini  keadaan sudah menjadi terbalik dan songsang, kerana manusia sanggup mengorbankan agama dengan erti kata membelakangkan perintah Allah, samada berbentuk suruhan lebih2 lagi larangan Allah, semuanya dikesampingkan demi memperhambakan diri pada nafsu dengan sogokan rasuah demi mengejar kemewahan, banglo, kereta mewah, harta dan sebagainya, semuanya diperolehi dengan jalan rasuah ,walaupun agama menyatakan perkara itu jelas haram.

Ini jelas, kerana ada segelintir penjawat2 awam yang mempunyai gaji yang sederhana hidup di apartment atau pangsapuri, tetapi life stylenya mewah, pakain berjenama, kita lihat pakaian anak dan permainan anak2 semuanya berharga mahal, ada banglo, kondominium  dan sebagainya tetapi atas nama orang lain. Jadi dengan roh hijrah ini marilah kita sama2 menilai kembali diri dan kehidupan kita selama ini, sanggupkah kita tinggal dirumah haram, naik kereta haram, handset haram, pakaian haram? Berapa lama kita boleh hidup di dunia 100 tahun, Ingat jika ini berlaku sanggupkah kita lihat semua anak, cucu dan zuriat kita sampai ke akhir zaman adalah hidup asalnya dari wang yang haram yang kita perolehi daripada rasuah. Jika anda tidak kasihani diri anda kasihanilah diri zuriat anda yang tak berdosa.

Ingat harta yang haram tidak berkat, bahkan membawa bala, ingat suatu hari Allah akan menimpa bala ke atas kita, mungkin berlaku kemalangan dengan kereta yang haram tadi, mungkin rumah runtuh atau terbakar kerana rumah dibeli atau dibina dari hasil yang haram, mungkin anda ditimpa penyakit kronik di suatu hari nanti, akhirnya hidup menderita dengan penyakit yang tak sembuh2 , walaupun dah puas berubat ke luar Negara tetapi tak sembuh2. Mungkin di saat itulah kita teringat bahawa empayar kekayaan yang kita bina selama ini bukan atas dasar HALAL bahkan sebaliknya. Apa guna hidup duit banyak, harta bertimbun, tapi jiwa merana, batin tersiksa. Inilah sebenarnya balasan Allah kepada manusia yang melangar perintah Allah.
 
Justeru itu adalah tidak memadai dengan hanya mengadakan majlis untuk memperingati hijrah jika tidak ada kesedaran untuk meningkatkan ketakwaan dan ketaatan kepada Allah Subhanahu Wataala, tiada kesanggupan untuk berjihad meninggalkan perkara2 terlarang.
Maka di sinilah peluang penghayatan hijrah pada diri seseorang jika mahu mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik dan sempurna dan beroleh keredhaan Allah Subhanahu Wataala.

Oleh itu hayatilah pengajaran-pengajaran yang diperolehi daripada peristiwa hijrah itu. Jadikanlah ianya landasan ke arah maksud hijrah yang sebenar,. Akhirnya melalui hijrah ini marilah kita sama-sama muhasabah diri bertaubat dan memohon keampunan dari segala dosa-dosa yang kita lakukan selama ini. Semoga kita semua berhijrah membuat perubahan  dalam meningkatkan kualiti hidup sebagai seorang muslim sejati mengikut neraca Islam.



Memilih sahabat

Memilih Sahabat



Sahabat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang individu. Sahabat umpama dua belah tangan, saling bersih membersihkan antara satu sama lain. Jalinan persahabatan yang baik akan membuahkan sikap  saling tolong menolong, hormat menghormati antara satu sama lain sama ada dalam keadaan senang atau susah.

Adapun persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih yang  memutih, hanya indah di luaran, namun sebenarnya, ia  menuju ke jurang kehancuran. Mencari sahabat sejati bukanlah mudah.ini kerana ramai yang suka  berkongsi gembira, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.

Dalam memilih sahabat kita perlulah berhati-hati ini kerana ia akan mempengaruhi seseorang dalam proses pembentukan diri. Rasulullah s.a.w bersabda :-
المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل
Maksudnya:-“Seseorang itu bergantung kepada agama sahabatnya.Maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.”

Hadis ini menunjukkan bahawa seseorang itu akan mudah terikut-ikut dengan tingkahlaku dan perbuatan sahabatnya.  Justeru itu pemilihan sahabat perlu dititik beratkan, sekiranya kita silap memilih kawan ,maka ia akan membawa kemudharatan kepada diri sendiri.

Oleh itu, bagaimanakah cara untuk kita memilih sahabat dan apakah kriteria-kriteria yang perlu ada pada seseorang yang akan kita jadikan sahabat itu?

Sebenarnya, Perkara utama yang harus di ambil kira ialah memilih sahabat yang mempunyai budi pekerti yang mulia. Elakkan diri dari bersahabat dengan orang jahil, malas, buruk akhlak, rasuah, kikir dan sebagainya:

Kita juga tidak digalakkan berkawan dengan orang yang fasik yang mempertahankan kefasikannya, tidak mahu bertaubat dan tidak mengendahkan nasihat orang lain supaya mengubah sikapnya.Allah s.w.t berfirman :-
فأعرض عمن تولى عن ذكرنا ولم يرد إلا الحياة الدنيا-النجم: 29


Maksudnya:-“Maka berpalinglah engkau daripada orang yang tidak mempedulikan peringatan kami dan ia hanya menginginkan kehidupan dunia semata-mata”.
Daripada ayat ini juga dapat kita fahami bahawa Allah s.w.t juga melarang kita daripada bersahabat dengan orang yang terlampau mementingkan hal keduniaan. Sememangnya sudah ternyata bahwa tabiat manusia selalu meniru tabiat rakannya tanpa disedari oleh diri sendiri.

Justeru itu bercampur gaul dengan orang yang amat mementingkan hal keduniaan semata-mata akan menarik hati kepada sifat tamak dan sayangkan dunia.Begitu juga bercampul gaul dengan orang yang mementingkan hal-hal keakhiratan, ia akan menarik hati kita kepada cintakan agama dan kebaikan. Jadi tidak hairanlah kenapa Allah s.w.t menyuruh kita berpaling dari pencinta dunia bahkan kita hendaklah mengikut jejak orang yang ingin kembali ke jalannya yang sebenar.

Luqmanul hakim  berpesan kepada puteranya:”Wahai anakku, Dampingilah para ulama’dan hubungkanlah kedua lututmu dengan mereka, kerana hati itu akan menjadi hidup dengan diresapi hikmat, sebagaimana bumi yang mati itu akan hidup semula dengan diresapi air hujan.”

Kesimpulannya, kita mestilah bijak dalam memilih sahabat. Semoga kita akan mengecapi nikmat kebahagiaan yang hakiki, kepuasan jiwa yang tidak terperi hasil daripada persahabatan yang sejati.

Sifat Rendah Diri Anak-anak



Rasa rendah diri Anak-anak


Perasaan rendah diri sebahagian anak-anak merupakan pembawaan sejak lahir. Adakalanya ia merupakan penyakit atau kesan dari kedudukan ekonomi. Sifat rendah diri termasuk salah satu gejala psikologi yang merbahaya yang merubah kehidupan anak-anak.

Antara faktor lahirnya sifat rendah diri di kalangan anak-anak ialah penghinaan, celaan, terlalu dimanjakan, membezakan antara anak-anak, kecacatan jasmani dan sebagainya.

Sekiranya anak-anak dihina dan dicela pada kesalahan pertama ini merupakan faktor yang menyebabkan gangguan psiokologi anak-anak. Kita biasa melihat sebahagian ibubapa bertindak kurang wajar terhadap anak-anak mereka. Contohnya apabila anak-anak mengganggu adiknya, ibubapa mengambil sikap keterlaluan memarahi mereka dan mencela sikap tersebut. Sehinggakan ada yang memukul anak dengan teruk yang tidak sepadan dengan kesalahan yang dilakukan. Adakala juga ibubapa membebel terhadap anak-anak lebih daripada apa yang sepatutnya. Sabda Rasulullah saw:

إن الله رفيق يحبّ الرفق في الأمر كله

Maksudnya : "Sesungguhnya Allah itu Maha Lemah Lembut, suka kepada kelembutan dalam segala urusan."(al-Bukhari)

Sebenarnya, perlakuan sedemikian merupakan salah satu factor yang menyebabkan anak-anak memandang dirinya sebagai orang yang hina dan tidak berguna. Ini boleh mengganggu jiwa dan perasaan anak-anak dan mendorong mereka memandang adik beradik lain dengan sinis, dengki dan menjauhkan diri daripada tanggongjawab.

Kesimpulan yang dapat kita fahami bahawa menghina anak apa lagi di hadapan orang lain merupakan faktor yang terbesar yang menjadikan mereka rasa rendah diri.

Begitu juga, memanjakan anak secara berlebihan juga merupakan faktor yang menyebabkan anak kurang mampu berdikari, dan percaya kepada diri sendiri.

Di samping itu, kecacatan jasmani juga antara factor menjadikan seseorang rasa rendah diri. Oleh itu Islam menhendaki orang seperti ini perlu diberi perhatian oleh ibubapa, saudara mara dan jiran tetangga. Tanamkan keyakinan kepada mereka bahawa Allah tidak memandang keadaan fizikal seseorang tetapi melihat kepada keikhlasan dan amalan.
Kemiskinan juga merupakan faktor yang menyebabkan anak berasa rendah diri. 


Anak-anak akan bersikap demikian apabila melihat kawan-kawan lain yang kaya dan hidup mewah. Dalam suasana ini ibubapa perlulah memberi keyakinan kepada anak-anak bahawa kekayaan boleh dicapai dengan belajar dan berusaha. Dan kebahagiaan orang mukmin bukan sekadar di dunia bahkan yang lebih baik adalah kesenangan di akhirat.

Setiap ibubapa hendaklah sentasa mengawasi kehidupan anak-anak terutama tentang mental dan psiokologi mereka agar ibubapa dapat mengenal pasti unsur-unsur negetif yang terdapat pada mereka dan dengan cepat dan berhemat dapat mengatasi permasalahan anak-anak agar ianya tidak berlarutan yang boleh merosakkan diri dan masa depan mereka.

Mendidik anak berakhlak mulia

Mendidik anak berakhlak mulia

Ibubapa diamanahkan Allah supaya mendidik anak-anak menunaikan perintah agama. Anak-anak hendaklah dibentuk atau dididik menghayati ajaran islam dengan sempurna, supaya mereka menjadi muslim  dan mukmin yang sempurna. Anak-anak yang dididik sedemikian tidak akan membebankan ibubapa dan penjaga dengan pelbagai masalah. 

Sebaliknya, anak-anak yang tidak dididik menurut acuan Allah, ibubapa akan menerima dosa dan berbagai bebanan hidup seperti perasaan tidak tenteram dan sebagainya. Kadang-kadang nyawa mereka diancam oleh anak, akibat tingkahlaku yang menyimpang daripada ajaran agama yang sebenar.

Justeru yang bertanggungjawab dalam mencorak pendidikan anak-anak adalah ibubapa. Merekalah yang diamanahkan oleh Allah untuk memberi didikan terhadap anak-anak. Sudah barang pasti, bahawa ubat yang paling mujarab untuk mencegah dan manjauhi manusia daripada berbagai jenayah dan kemungkaran tidak lain daripada didikan agama yang bermula daripada kecil dan sehingga ke akhir hayat. Latihlah mereka melakukan perkara yang mendatangkan manfaat dan faedah, sabda Rasulullah saw:

إحرص على ما ينفعك واستعن بالله ولا تعجز

Maksudnya: "Rebutlah perkara yang boleh memberi manfaat kepada kamu dan mohonlah pertolongan  Allah dan janganlah engkau bersikap lemah."

Begitu juga, iIbubapa wajib memastikan anak-anak berakhlak mulia dengan dimulai dengan ajaran solat berjamaah. Solat adalah asas akhlak yang baik. Solat jamaah adalah satu cara dan disiplin yang efektif untuk ikatan kekeluargaan dan mengeratkan kemesraan antara sesama ahli keluarga.

Ibubapa juga perlu mendidik anak-anak adab pergaulan dan menutup aurat. Janganlah biarkan mereka bergaul bebas tanpa ada sebarang pengawasan oleh pihak ibubapa. Janganlah dibiarkan anak-anak lelaki dan perempuan tidur bersama terutama apabila sudah mencapai usia 10 tahun.

Selain daripada itu ibubapa wajib memberi perhatian dan mengambil tahu apa yang dilakukan oleh anak-anak samada dari aspek bahan bacaan, kegemaran dan kawan-kawan mereka.serta aktiviti mereka dimasa lapang.

Bak kata tidak cukup sekiranya ibubapa hanya memberikan pelajaran di sekolah, kolej  atau universiti sahaja, sebenarnya perkara yang berkaitan dengan akhlak, pekerti yang mulia dan kemahiran, adab-adab dan sebagainya perlu dititikberatkan oleh ibubapa. Sebenarnya sekolah dan pusat pengajian hanya mampu memberi maklumat dan ilmu akademik sahaja, manakala ilmu akhlak secara praktikal perlulah dititik beratkan oleh ibubapa terhadap anak-anak agar keseimbangan berlaku dalam diri anak-anak.

Ramai di kalangan anak-anak yang hebat pencapaian akademik tetapi gagal dalam amalan akhlak mereka dalam kehidupan seharian, apabila dewasa mereka rasa serba salah dan tak pandai menyesuaikan diri contohnya dengan mertua, saudara mara, ipar-duai, dan ada juga yang anak perempuan yang malas dan tak pandai dengan kerja didapur. 

Bagaimana pandangan mertua sekiranya mendapat menantu perempuan yang seperti ini? Alamatnya semakin lama semakin rengganglah hubungan antara mereka berdua. Inilah hasilnya kerana kita bersikap alpa terhadap pendidikan akhlak dan sosial terhadap anak-anak.

Biasakan anak hidup sederhana



Biasakan  anak hidup sederhana


Islam adalah agama yang mementingkan kesederhanaan dalam kehidupan. Oleh tu setiap muslim disarankan agar bersifat demikian dalam segenap aspek kehidupan sebagaimana Sabda Rasulullah saw:

إياك والتنعم فإن عباد الله ليسوا بالمتنعمين

Maksudnya:” Beringatlah kamu dengan kemewahan, sesungguhnya hamba Allah yang sebenar bukanlah mereka sentiasa bermewah-mewah”. (Ahmad)

Oleh itu, berdasarkan hadis di atas Islam tidak menggalakkan ibubapa terlalu memberi kemewahan kepada anak-anak hingga ketahap pembaziran samada makanan, pakaian, permainan dan corak kehidupan. Kemewahan sedemikian akan memberikan kesan negatif kepada pendidikan anak-anak. Kemungkinan anak-anak akan kurang berusaha untuk belajar, beribadat dan sebagainya. Sebaliknya mereka tidak dapat melaksanakan kewajipan dan tanggongjawab dengan sempurna apabila dewasa nanti. Rasulullah saw sendiri hidup sederhana, dan kehidupan baginda benar-benar mentafsirkan kehendak Allah dalam al-Quran.
Islam tidak menghendaki anak-anak terlalu dimanjakan sehingga segala kemahuan mereka dituruti tanpa memikirkan kesan buruk yang akan lahir daripada mereka seperti malas berfikir, malas berusaha dan lahir perasaan buat apa aku penat –penat belajar semua dah ada, apa yang aku nak dah dapat, aku anak orang kaya. Bertitik tolak dari sini,  anak-anak mula pandai menipu ibubapa: melepak, cyber café, dan mula rasa jemu  belajar, akhirnya terjerumus ke lembah maksiat dan jenayah.
Sebaliknya, Islam juga melarang ibubapa atau penjaga yang terlalu garang, mendera anak-anak, mencacatkan fizikal atau mental mereka. Sekiranya keadaan ini berlaku anak-anak akan merasakan mereka tidak ada tempat untuk bermanja dan kasih sayang. Akibatnya ada di antara mereka yang lari dari rumah mencari kawan yang boleh berkongsi masalah mereka, adakalanya mereka terlibat dengan dadah, pelacuran, jenayah dan sebagainya. Mereka juga akan menaruh dendam terhadap ibubapa atau penjaga mereka.
Oleh itu dua keadaan ini perlu diimbangi secara adil dan jelas. Memang benar ada dikalangan kita yang berduit dan hidup mewah, tetapi janganlah kemewahan itulah yang menjadi pembunuh kepada masa depan dan pelajaran anak-anak. Sebenarnya  kemewahan boleh mengaburi mata anak-anak terhadap masa depan mereka, tetapi keadaan ini berlaku tanpa disedari oleh kebanyakan ibubapa. Oleh yang demikian, pandai-pandailah memberi kemewahan kepada anak-anak agar ianya bukan penyebab kepada kegagalan mereka dunia dan akhirat.

Adil pada Anak



Saudara,
Sebenarnya kita sekarang dalam musafir dan pengembaraan hidup menuju ke destinasi akhirat. Sekarang kita berada di alam dunia dan kita akan melalui satu alam lain yang di namakan alam barzakh atau alam kubur sesudah mati. Di alam ini Allah telah sediakan untuk kita perbagai hidangan nikmat dan azab. Bagi roh para mukminin, mereka amat beruntung kerana berada di dalam barzakh yang luas, bebas, tidak terikat serta mendapat nikmat Allah s.w.t secara mutlak. Hal ini berbeza dengan roh orang kafir dan orang-orang yang berbuat dosa ,kerana mereka berada di dalam barzakh yang sangat sempit, siang malam dilingkungi dengan azab dan tidak bebas berterbangan kesana kemari di alam malakut.

            Al-Hafiz Al –Munziri  di dalam kitabnya ‘At-Targhib wat- Tarhib, mencatatkan sepotong hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Sayidina Abu Said Al-Khudri r.a , hadis ini telah menjelaskan tentang alam kubur:-
“Sekali Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyang dan baginda melihat beberapa orang sedang bergelak ketawa dan berbual kosong ,lalu baginda bersabda,”Kalau kamu semua memperbanyakkan mengingati perkara-perkara yang melenyapkan segala kelazatan hidup nescaya kamu akan menjadi sibuk serta tekun beribadah sepertimana aku melihat kematian.Oleh itu, perbanyakkanlah mengingati mati kerana tidak berlalu satu hari melainkan kubur akan mengatakan “ Aku rumah kesepian, Aku rumah keseorangan, aku rumah tanah dan aku rumah ulat dan cacing.

            Apabila dikebumikan hamba yang beriman, maka kubur berkata kepadanya,”marhaban wa ahlan” iaitu ucapan selamat datang, kemudian kubur akan berkata”kamu adalah orang yang aku kasihi di kalangan mereka yang berjalan di atas belakangku, dan apabila aku menerimamu hari ini, maka lihatlah apa yang akan aku lakukan pada kamu, selepas itu kubur akan menjadi luas untuknya sejauh pandangan matanya, dan dibukakan juga kepadanya pintu yang menghadap ke syurga….
 Apabila dikebumikan hamba yang berdosa dan kafir pula, maka kubur akan berkata kepadanya, ‘La marhaban wa la ahlan” iaitu ucapan yang menunjukkan tidak diundang dan tidak diterima kehadirannya. kemudian seraya berkata” Engkaulah orang yang paling aku benci yang berjalan di atas belakangku selama ini, Dan apabila aku menerima kamu hari ini, kamu akan saksikan apa yang bakal aku lakukan terhadapmu, Sabda Nabi s.a.w. Sejenak selepas itu, kubur pun sedikit demi sedikit menghimpit tubuhnya sehingga bertemu rapat segala tulang belulangnya.Kemudian, dihantarkan kepadanya tujuh puluh ekor ular besar lagi berbisa.yang mana kalau seekor daripadanya menyemburkan bisanya ke atas muka bumi , nescaya tidak akan tumbuh sesuatu apapun. Ular- ular ini akan membelit mereka sehingga tiba hari perhitungan.

Justeru itu Saudara, marilah kita menginsafi diri bahawa suatu hari nanti kita akan pulang akhirnya kepada kejadian asal kita iaitu tanah. Dengan demikian, kita perlulah sentiasa bersedia. Sesungguhnya, kematian mengingatkan kita bahawa banglo, atau apartment mewah yang kita miliki akan ditinggalkan jua akhirnya,Di dalam lahad kita akan berbaring samada aman atau sengsara.

Alam Barzakh

Saudara,
Sebenarnya kita sekarang dalam musafir dan pengembaraan hidup menuju ke destinasi akhirat. Sekarang kita berada di alam dunia dan kita akan melalui satu alam lain yang di namakan alam barzakh atau alam kubur sesudah mati. Di alam ini Allah telah sediakan untuk kita perbagai hidangan nikmat dan azab. Bagi roh para mukminin, mereka amat beruntung kerana berada di dalam barzakh yang luas, bebas, tidak terikat serta mendapat nikmat Allah s.w.t secara mutlak. Hal ini berbeza dengan roh orang kafir dan orang-orang yang berbuat dosa ,kerana mereka berada di dalam barzakh yang sangat sempit, siang malam dilingkungi dengan azab dan tidak bebas berterbangan kesana kemari di alam malakut.

            Al-Hafiz Al –Munziri  di dalam kitabnya ‘At-Targhib wat- Tarhib, mencatatkan sepotong hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Sayidina Abu Said Al-Khudri r.a , hadis ini telah menjelaskan tentang alam kubur:-
“Sekali Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyang dan baginda melihat beberapa orang sedang bergelak ketawa dan berbual kosong ,lalu baginda bersabda,”Kalau kamu semua memperbanyakkan mengingati perkara-perkara yang melenyapkan segala kelazatan hidup nescaya kamu akan menjadi sibuk serta tekun beribadah sepertimana aku melihat kematian.Oleh itu, perbanyakkanlah mengingati mati kerana tidak berlalu satu hari melainkan kubur akan mengatakan “ Aku rumah kesepian, Aku rumah keseorangan, aku rumah tanah dan aku rumah ulat dan cacing.

            Apabila dikebumikan hamba yang beriman, maka kubur berkata kepadanya,”marhaban wa ahlan” iaitu ucapan selamat datang, kemudian kubur akan berkata”kamu adalah orang yang aku kasihi di kalangan mereka yang berjalan di atas belakangku, dan apabila aku menerimamu hari ini, maka lihatlah apa yang akan aku lakukan pada kamu, selepas itu kubur akan menjadi luas untuknya sejauh pandangan matanya, dan dibukakan juga kepadanya pintu yang menghadap ke syurga….
 Apabila dikebumikan hamba yang berdosa dan kafir pula, maka kubur akan berkata kepadanya, ‘La marhaban wa la ahlan” iaitu ucapan yang menunjukkan tidak diundang dan tidak diterima kehadirannya. kemudian seraya berkata” Engkaulah orang yang paling aku benci yang berjalan di atas belakangku selama ini, Dan apabila aku menerima kamu hari ini, kamu akan saksikan apa yang bakal aku lakukan terhadapmu, Sabda Nabi s.a.w. Sejenak selepas itu, kubur pun sedikit demi sedikit menghimpit tubuhnya sehingga bertemu rapat segala tulang belulangnya.Kemudian, dihantarkan kepadanya tujuh puluh ekor ular besar lagi berbisa.yang mana kalau seekor daripadanya menyemburkan bisanya ke atas muka bumi , nescaya tidak akan tumbuh sesuatu apapun. Ular- ular ini akan membelit mereka sehingga tiba hari perhitungan.

Justeru itu Saudara, marilah kita menginsafi diri bahawa suatu hari nanti kita akan pulang akhirnya kepada kejadian asal kita iaitu tanah. Dengan demikian, kita perlulah sentiasa bersedia. Sesungguhnya, kematian mengingatkan kita bahawa banglo, atau apartment mewah yang kita miliki akan ditinggalkan jua akhirnya,Di dalam lahad kita akan berbaring samada aman atau sengsara.

Meneliti amalan



Muraqabah atau meneliti diri bermaksud menjaga kesopanan diri terhadap Allah yang Maha Pengawas dan Maha Peneliti serta menyerahkan segala maksud dan tujuan hanya kepadaNya sahaja.Perasaan seperti ini hendaklah disemat di dalamhati sehingga tercetus pelbagai amal soleh ke seluruh anggota .
            Allah s.w.t sesungguhnya Maha Menyingkap segala yang tersimpan di dalam hati hambaNya, Maha Mengetahui segala yang tersembunyi di lubuk kalbunya, Meneliti segala amalan hambaNya dan Mengawasi setiap langkah yang diusahakan.Segala rahsia hati manusia akan terbuka nyata dihadapan Allah s.w.t , seperti juga kulit badan yang terdedah jelas dihadapan mata manusia sendiri.
Terdapat dua cara yang perlu dipraktikkan oleh seseorang bagi meneliti amalan –amalannya.
Pertama: Meneliti amalan sebelum melakukannya.Sebelum melakukan sesuatu perkara seseorang itu hendaklah melihat kepada niat .Apakah ianya bertujuan kerana Allah atau dicampuri oleh keinginan hawa nafsu atau menurut kemahuan syaitan?Sekiranya jelas bahwa amalan itu dilakukannya semata-mata kerana Allah ,maka teruskanlah…Namun, seandainya ia bukan, hadirkanlah perasaan malu  dan segera memberhentikannya.Anggaplah bahawa amalan itu sebagai musuh dirinyakerana ia akan membawa bahaya dan kemudharatan kepada dirinya.
Kedua: Meneliti amalan ketika melaksanakan.Adalah wajar sekali bagi seseorang it meneliti setiap amalan yang sedang dilaksanakannya.apakah caranya betul seperti yang disyariatkan?Kemudian hendaklah dia mensucikan niatnya agar amalan itu terlaksana dengan sempurna.
Penelitian seumpama ini haruslah dilakukan oleh seseorang di dalam setiap amalannya.Ini kerana setiap amalan itu boleh dikategorikan kepada tiga :iaitu samaada ketaatan, kemaksiatan ataupun mubah(harus)Penelitian amalan Ketaatan adalan dengan cara menjalankan amalan itu secra tulus ikhlasdan cukup sempurna.Manakala penelitian amalan yang berupa maksiat adalah dengan cara perasaan kesal , malu dan hendaklah dia mengikis terus maksiat itu dari dirinya serta  dia berjanji kepada dirinya tiak akan mengulanginya lagi.Dan meneliti amaalan harus adalah dengan cara menjaga tatatertib dalam melakukannya.
Di dalam menjalani kehidupannya seharian , manusia tidak dapat lari daripada tiga perkara ini, ianya telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t.Baik dalam perbuatan yang wajib  dilaksanakan , mahupun larangan yang mesti ditinggalkan. Baik perbuatan sunat yang digalakkan oleh syariat Allah supaya segera mencapai keampunan Allah,mahupun dalam perbuatan harus yang memang mengandungi kebaikan-kebaikan untuk jasmani dan rohani yang dapat menolong untuk melakukan ketaatan kepada Allah.Apa yang penting adalah muraqabah atau penelitian terhadap amalan –amalan yang dilakukan.Allah s.w.t berfirman:-

ومن يتعد حدود الله فقد ظلم نفسه

Maksudnya:”Barangsiapa yang melampaui batas Allah neccaya dia telah menzalimi dirinya sendiri.”
            Orang-orang yang telah selesai dengan amalan amalan fardhu dan berkuasa untuk menmbah kebajikan ,hendaklah memilih amalan-amalan lain yang utama untuk dikerjakannya.Ini kerana orang yang berupaya menambah keuntungan tetapi ia melengahkan usahanya itu ,pastilah akan menanggung kerugian yang besar.
Kesimpulannya, Muraqabah membantu seseorang hamba menyelidiki dan meneliti setiap amalan yang dilakukan berada di landasan yang betul. Bukan sekadar itu sahaja ,ia juga menjadikan kita bijak menyusun priority amalan yang perlu dilakukannya. 

Suami Isteri Bantu Membantu



Suami isteri Bantu Membantu

Sikap Bantu membantu adalah penawar bagi kemaslahatan suami isteri dan keluarga, Ia boleh mengukuhkan ikatan perkahwinan, menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang antara suami isteri.

-         benar, setiap suami isteri mempunyai tugas dan tanggongjawab masing2, BUKAN TUGAS ASING2, bahkan ianya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
-          Janganlah kita berpegang kepada batasan tugas dan tanggongjawab masing2, Ini tugas you bukan tugas I, pandai2lah selesai sendiri, jangan pula nak menyusahkan I, kitakan dah bahagi tugas masing2.
-          Kata Muhd. Abdul Rahim Hamid dalam bukunya” Suami yang membahagiakan isteri” Bertolak ansurlah dan bersedia memberi bantuan kepada pasangan kita.
-          Sebenarny ajika suami isteri melakukan satu2 tugas bersama ia akan melahir kemesraan, rukun dan damai rumah tangga, Allah berfirman :
وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الأثم والعدوان واتقوا الله إن الله شديد العقاب- المائدة 2
-          Sungguh tidak patut jika suami relax menonton tv dan baca surat khabar ,sedangkan pada masa yang sama isteri berhempas pulas untuk menyiapkan sarapan, basuh kain, mandikan anak, menyapu rumah, dan sebagainya, sebenarnya kerja di rumah ni tidak kehabisan.
-          Jadi cerdik tak seorang suami yang duduk berpeluk tubuh di masa isteri keletihan melakukan kerja2 rumah, betulkah semua kerja itu tugas isteri, Jika tugas isteri, Bagaiman jika isteri yang berkerja? Isteri juga penat berkerja, kat rumah istrei seorang saja menyiapkan segala kerja rumah.
-          Adakah semua kerja rumah adalah tugas isteri mengikut Islam? Dan Adakah Islam mengiyakan bahawa suami relax menonton tv dan baca surat khabar, sedangkan isteri berhempas pulas melakukan kerja rumah? Jika benar< adakah Islam menganggap isteri adalah hamba dan orang gaji kepada suami?
-          Jika ada suami yang bersifat demikian, yang sanggup membiarkan isteri seorang letih dengan kerja2 rumah, di mana rasa timbang rasa, tolak ansur, sebelum ini selalu sebut Abang sayang ayang? Jika semuanya hanya manis dibibir sahaja tanpa dibuktikan , maka ianya tiada faedah, buktikan cinta kita pada isteri dengan menolong, membantu dan hulurkan tangan bagi meringankan bebanan kerja rumah yang tak kehabisan
-          Ada setengah suami yang suka menghabiskan masa dengan berborak kosong dengan kawan2 atau dikedai2 kopi, bila tiba time makan balik rumah, jika makanan lewat masak terus marahkan isteri, kata macam2. Sedangkan isteri dirumah penuh dengan kerja dan melayan kerenah anak2, dia senang2 berborak sana sini , tanpa perkara faedah.
-          Suami seperti ini jangan harap nak bau syurga, suami yang menyiksakan hidup isteri dan anak2
-          Oleh itu jadilah suami yang dapat membantu isteri bagi meringankan beban tugas dirumah terutama bagi isteri yang berkerja, hanya mempunyai masa yang terhad untuk menguruskan rumah tangga, alangkan indahnya jika segala bebanan kerja dibantu oleh suami.
-          Nilai bantuan suami akan lebih berharga jika dilakukan ketika isteri mengandung,sakit, keletihan dan sebagainya.
-          Bagi isteri pula bila suami memberi bantuan ucaplah terima kasih bang, atau puji suami kita atau beri kucupan mesra.Jika suami yang membantu isteri itulah tanda cinta dan kasih seorang suami pada isteri.
-          Pernah ditanya Aisyah tentang perilaku Nabi ketika berada di rumah: jawab Aisyah:
كان في مهنة أهله حتى يخرج إلى الصلاة -البخاري

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates