Tirai tahun 1427 telah di labuhkan ,kini tiba sinar 1428 mula menyinsing, Ini bererti hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah berlalu 15 abad. Jika kita kaji dan selidiki hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat dari Mekah ke Madinah itu, kita akan dapati hijrah tersebut telah membawa perubahan yang besar kepada kebangkitan, kemantapan dan perkembangan agama Islam, bahkan hijrah itu sebagai titik permulaan kuasa Islam berkembang dan tersebar ke seluruh dunia.
Oleh itu penghayatan di sebalik peristiwa hijrah adalah suatu yang dituntut dalam Islam, ini kerana pengajaran dan iktibar dari peristiwa hijrah itulah peninggalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang amat berharga dan berguna jika dimanfaatkan. Dan mesej hijrah tetap berterusan sehingga bila-bila masa. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya:
Dari Muawiyah Radiallahuanhu ia berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Hijrah itu tidak akan terhenti sehinggalah terutupnya peluang taubat dan peluang taubat itu tidak akan tertutup sehinggalah matahari terbit dari tempat terbenamnya.''
Dari hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa hijrah itu akan terus berlaku dalam kehidupan umat Islam. Hijrah dalam erti kata meninggalkan segala perbuatan yang ditegah dan diharamkan menuju ke arah kehidupan yang lebih baik dan sempurna dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wataala. Hijrah seperti inilah yang wajib dilakukan oleh setiap orang Islam. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Muddatstsir ayat 5 tafsirnya:
"Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi."
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya:
والمهاجر من هاجر عما نهى الله عنه
"Dari Abdullah bin Amru Radiallahuanhuma dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Dan orang yang berhijrah itu adalah barangsiapa yang berhijrah dari apa yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wataala."
Umat Islam perlu sedar dan menjadikan iktibar bahawa nilai pengorbanan diri, keluarga, harta dan tanah air yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat itu amat tinggi dan semuanya itu dilakukan semata-mata bagi menyelamatkan agama . tetapi dewasa ini keadaan sudah menjadi terbalik dan songsang, kerana manusia sanggup mengorbankan agama dengan erti kata membelakangkan perintah Allah, samada berbentuk suruhan lebih2 lagi larangan Allah, semuanya dikesampingkan demi memperhambakan diri pada nafsu dengan sogokan rasuah demi mengejar kemewahan, banglo, kereta mewah, harta dan sebagainya, semuanya diperolehi dengan jalan rasuah ,walaupun agama menyatakan perkara itu jelas haram.
Ini jelas, kerana ada segelintir penjawat2 awam yang mempunyai gaji yang sederhana hidup di apartment atau pangsapuri, tetapi life stylenya mewah, pakain berjenama, kita lihat pakaian anak dan permainan anak2 semuanya berharga mahal, ada banglo, kondominium dan sebagainya tetapi atas nama orang lain. Jadi dengan roh hijrah ini marilah kita sama2 menilai kembali diri dan kehidupan kita selama ini, sanggupkah kita tinggal dirumah haram, naik kereta haram, handset haram, pakaian haram? Berapa lama kita boleh hidup di dunia 100 tahun, Ingat jika ini berlaku sanggupkah kita lihat semua anak, cucu dan zuriat kita sampai ke akhir zaman adalah hidup asalnya dari wang yang haram yang kita perolehi daripada rasuah. Jika anda tidak kasihani diri anda kasihanilah diri zuriat anda yang tak berdosa.
Ingat harta yang haram tidak berkat, bahkan membawa bala, ingat suatu hari Allah akan menimpa bala ke atas kita, mungkin berlaku kemalangan dengan kereta yang haram tadi, mungkin rumah runtuh atau terbakar kerana rumah dibeli atau dibina dari hasil yang haram, mungkin anda ditimpa penyakit kronik di suatu hari nanti, akhirnya hidup menderita dengan penyakit yang tak sembuh2 , walaupun dah puas berubat ke luar Negara tetapi tak sembuh2. Mungkin di saat itulah kita teringat bahawa empayar kekayaan yang kita bina selama ini bukan atas dasar HALAL bahkan sebaliknya. Apa guna hidup duit banyak, harta bertimbun, tapi jiwa merana, batin tersiksa. Inilah sebenarnya balasan Allah kepada manusia yang melangar perintah Allah.
Justeru itu adalah tidak memadai dengan hanya mengadakan majlis untuk memperingati hijrah jika tidak ada kesedaran untuk meningkatkan ketakwaan dan ketaatan kepada Allah Subhanahu Wataala, tiada kesanggupan untuk berjihad meninggalkan perkara2 terlarang.
Maka di sinilah peluang penghayatan hijrah pada diri seseorang jika mahu mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik dan sempurna dan beroleh keredhaan Allah Subhanahu Wataala.
Oleh itu hayatilah pengajaran-pengajaran yang diperolehi daripada peristiwa hijrah itu. Jadikanlah ianya landasan ke arah maksud hijrah yang sebenar,. Akhirnya melalui hijrah ini marilah kita sama-sama muhasabah diri bertaubat dan memohon keampunan dari segala dosa-dosa yang kita lakukan selama ini. Semoga kita semua berhijrah membuat perubahan dalam meningkatkan kualiti hidup sebagai seorang muslim sejati mengikut neraca Islam.
0 comments:
Post a Comment