Jul 24, 2011

Biasakan anak hidup sederhana



Biasakan  anak hidup sederhana


Islam adalah agama yang mementingkan kesederhanaan dalam kehidupan. Oleh tu setiap muslim disarankan agar bersifat demikian dalam segenap aspek kehidupan sebagaimana Sabda Rasulullah saw:

إياك والتنعم فإن عباد الله ليسوا بالمتنعمين

Maksudnya:” Beringatlah kamu dengan kemewahan, sesungguhnya hamba Allah yang sebenar bukanlah mereka sentiasa bermewah-mewah”. (Ahmad)

Oleh itu, berdasarkan hadis di atas Islam tidak menggalakkan ibubapa terlalu memberi kemewahan kepada anak-anak hingga ketahap pembaziran samada makanan, pakaian, permainan dan corak kehidupan. Kemewahan sedemikian akan memberikan kesan negatif kepada pendidikan anak-anak. Kemungkinan anak-anak akan kurang berusaha untuk belajar, beribadat dan sebagainya. Sebaliknya mereka tidak dapat melaksanakan kewajipan dan tanggongjawab dengan sempurna apabila dewasa nanti. Rasulullah saw sendiri hidup sederhana, dan kehidupan baginda benar-benar mentafsirkan kehendak Allah dalam al-Quran.
Islam tidak menghendaki anak-anak terlalu dimanjakan sehingga segala kemahuan mereka dituruti tanpa memikirkan kesan buruk yang akan lahir daripada mereka seperti malas berfikir, malas berusaha dan lahir perasaan buat apa aku penat –penat belajar semua dah ada, apa yang aku nak dah dapat, aku anak orang kaya. Bertitik tolak dari sini,  anak-anak mula pandai menipu ibubapa: melepak, cyber café, dan mula rasa jemu  belajar, akhirnya terjerumus ke lembah maksiat dan jenayah.
Sebaliknya, Islam juga melarang ibubapa atau penjaga yang terlalu garang, mendera anak-anak, mencacatkan fizikal atau mental mereka. Sekiranya keadaan ini berlaku anak-anak akan merasakan mereka tidak ada tempat untuk bermanja dan kasih sayang. Akibatnya ada di antara mereka yang lari dari rumah mencari kawan yang boleh berkongsi masalah mereka, adakalanya mereka terlibat dengan dadah, pelacuran, jenayah dan sebagainya. Mereka juga akan menaruh dendam terhadap ibubapa atau penjaga mereka.
Oleh itu dua keadaan ini perlu diimbangi secara adil dan jelas. Memang benar ada dikalangan kita yang berduit dan hidup mewah, tetapi janganlah kemewahan itulah yang menjadi pembunuh kepada masa depan dan pelajaran anak-anak. Sebenarnya  kemewahan boleh mengaburi mata anak-anak terhadap masa depan mereka, tetapi keadaan ini berlaku tanpa disedari oleh kebanyakan ibubapa. Oleh yang demikian, pandai-pandailah memberi kemewahan kepada anak-anak agar ianya bukan penyebab kepada kegagalan mereka dunia dan akhirat.

2 comments:

kakiNOTA said...

comey ooo najiyya!!.<3

Suhaila Ismail said...

hehehe semestinyaaaa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates