Aug 22, 2011

Sejauh mana perkongsian@wasiat suami isteri - Rujukan cerita benar


Sejauh mana perkongsian@wasiat suami isteri - Rujukan cerita benar



Bismillaahir Rahmaanir Rahiim,


Seorang sahabat baru kematian suami. Masih muda suaminya, umur baru mencecah 38 tahun. Punya anak dua orang, seorang berumur 7 tahun, adiknya 4 tahun. Namun masalah timbul selepas kematian suami apabila si isteri tidak dapat mengeluarkan sesen pun wang simpanan suami kerana tidak mengetahui nombor pin kad ATM suaminya. Sekarang ni pihak bank sudah menyekat akaun suami setelah pihak mereka mengetahui kematian si suami. 


Maka perjuangan si isteri akan berpanjangan ke Amanah Raya yang mungkin ambil masa yang bukan sedikit untuk urusan faraid harta arwah suaminya. Kasihannya si isteri. Sekarang ini juga baru diketahui bahawa arwah suaminya ada membeli sebuah rumah di tempat kelahirannya. Kawan baik arwah beritahu hal ini kepada si isteri tadi. Dan apabila ditanya lagi, rupanya si isteri juga tidak tahu berapa jumlah gaji si suami!! Katanya suami teralu perahsia dan mereka bercakap apa yang perlu sahaja.


Sebak saya mendengar masalahnya!


Iktibar kisah sahabat yang lain pula. Si isteri kematian suami yang juga terlalu muda, baru 30 tahun usia si arwah di saat kematian. Selepas ketiadaan arwah, isteri tadi mula mencongak-congak hidup sendirian dengan tanggungan anak seorang berusia 2 tahun. 


Namun, nasib baik menyebelahinya, apabila kami bersembang-sembang, terlintas tentang simpanan arwah di bank, kerana katanya dah lama si suami tak usik duit gaji. Lalu kami berpakat agar si isteri mengeluarkan simpanan arwah dalam kadar segera, sebanyak yang mampu dikeluarkan, alhamdulillah si isteri tahu nombor pin suami, lalu RM3K sehari dikeluarkan dari mesin ATM sehingga berjumlah RM18K wang yang dikeluarkannya! Esoknya si isteri sudah tak boleh lagi mengeluarkan wang kerana akauan arwah telah disekat oleh pihak bank. 


Apa yang terdetik di hati saya..
Sejauh mana perkongsian suami isteri dalam kehidupan harian? Maungkin kerana usia masih muda, dirasakan lambat lagi maut menjengah, jadi urusan wasiat atau pesanan perkara-perkara penting diabaikan. Perkara2 penting dalam kehidupan suami isteri melibatkan masa depan anak-anak amat penting diwasiatkan segera meliputi aspek;


1. Wang Simpanan (termasuk nombor pin!)
2. Saham pelaburan
3. Insuran
4. Hutang
5. Harta/aset (beku/cair)
dan lain-lain.


Jika si isteri yang meninggal, keadaan suami mungkin tidak separah isteri yang kematian suami kerana kebiasaan masa kini si suami bekerja, namun si isteri pula tidak sedikit yang hanya sebagai surirumahtangga, tidak punya apa-apa punca tanggungan hidup melainkan nafkah pemberian suami. Alangkah sempitnya keadaan jika anaknya ramai. Fikir-fikirkanlah. 

1 comments:

Suhaila Ismail said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates