Aug 11, 2011

Murtabak..versi Popia

Istimewa bagi kami adik beradik ialah murtabak resepi Cik (mak kami). Sangat sedap bagi kami semua. Sebelum ni kalau nak buat murtabak mesti seramai 3-4 orang, sebab banyak kerja2 cerewet yg perlu dilakukan, dan dibuat hanya pada hari2 istimewa sahaja, biasanya hari raya.

Tapi sekarang mulut ni mcm mengidam nak makan murtabak ni. Fikir2 apa salahnya cuba buat sendiri, mujurlah banyak bahan dah ready-made kat kedai. Ini la antara bahan-bahannya;


Kulit popia apa2 jenama, guna yg besar kalau tak jenuh nak gulung

Boleh jugak guna kulit roti paratha, sedap jugak tau, tapi cara 
gulungnya tak sama la dgn kulit popia

Segala bumbu ditumis, then masukkan daging kisar, beli je daging kisar jenama Ramly..senangg...

Bila dah hampir masak, masukkan kentang dan bawang besar 
yang dipotong dadu kecil.
Kemudian masukkan garam n sedikit gula. Bolehla rasa jika kurang 
apa2 boleh la tambah sndiri ya..

Bila dah siap inti, bolehlah diletak atas kulit popia 

dan gulung je mcm biasa..:)

Inilah hasilnya..nampak segar je kan..home made la katakan....

Selamat menjamu selera..:)







2 comments:

Unknown said...

Salam ziarah. La, yang home made itulah yang paling sedap.

Suhaila Ismail said...

Ya Chik. Itulah yg terbaik. Cuba2 hingga suami beri kata LULUS...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates