Aug 19, 2011

Fakta 1


Saya berpendapat semua kita cintakan penghulu kita, junjungan besar Rasulullah saw namun tak ramai yang mampu mengingati fakta2 penting atau perkara benar tentang sejarah hidup atau sirah agung baginda. Walaupun ianya perkara kecil namun alangkah beruntungnya jika kita mampu menjadikan diri kita orang yang benar2 cintakan baginda dengan sebenar-benarnya dengan mengisi akal kita dengan perkara2 yang berhubungkait dengan baginda secara betul, benar dan tepat. Sesungguhnya amat beruntunglah sesiapa yang mencintai baginda kerana ganjaran syafaat baginda menanti di akhirat sana. 


Saya sengaja tidak menyusun fakta tentang baginda secara kronologi. Cintai Rasul, kenali Rasul. Selamat mengingat!  

Fakta 1:
Penjaga pertama Rasulullah saw ialah Ummu Aiman. Nama sebenar beliau ialah Barokah, berbangsa Habsyi. Ummu Aiman ialah hamba keluarga Abdullah, bapa Rasulullah saw. Rasulullah telah menikahkan Ummu Aiman dengan Zaid bin Haritsah, lalu lahirlah Usamah bin Zaid.

Ibu Susu pertama Rasulullah saw ialah Suwaibah al-Aslamiyah, dari suku Aslam, beliau ialah hamba kepada Abu Lahab. Suwaibah turut menyusukan Hamzah bin Abdul Muttalib, jadi Hamzah ialah saudara susuan sekaligus juga bapa saudara Rasulullah saw.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates