Aug 15, 2011

Madrasah Tahfiz dan Nuha

Madrasah Tahfiz dan Nuha...


Mudir, Ust. Shamsul Ali Marullah al-Hafiz sedang menyemak bacaan pelajar

Madrasah ni dibina atas inisiatif Tuan Hj. Shamsul Bahri Marullah, seorang yang dimudahkan Allah dalam hidupnya lalu dimudahkan pula jalan2 menuntut ilmu bagi mereka yang inginkan ilmu dan agama atas jalan Allah dengan membina sekolah tahfiz lengkap dengan asrama. Walapun bangunannya hanyalah rumah yang diubah dan ditambah, ianya cukup membawa perubahan bagi masyarakat Islam di sini. 

Madrasah ini asalnya rumah teres dua tingkat (end lot) lalu dibuat renovation, dibina bilik kediaman pelajar lelaki, ditambah bilik air dan juga dibaiki bahagian atas sebagai kediaman Mudir dan isteri, Suzie serta anak perempuan mereka, Aminatu Najihah.

Suasana asing 
Saya mula datang ke sini pada awal September tahun lepas, diri ini betul2 rasa tak selesa dgn suasana baru yang betul2 lain, lebih2 lagi suasana Islamnya yang begitu jauh berbeza dengan suasana di semenanjung. Dah le kiri kanan rumah ada anjing yg amatlah rajin menyalak. Orang Islam di sini pulak memang susah nak dibezakan dengan bukan Islam, kerana pakaian rasmi wanita Islam (tutup aurat, bertudung) memang jarang, bahkan berseluar pendek itu adalah pakaian harian wanita muslim di sini. Budak2 sekolah menengah pula ada yg bertatu badan mereka. Suasana yg asing bagi saya, jauh lagi nak dengar laungan azan!..Huh, amatlah tak bestnya!!



Pernah saya suarakan kat abi macamanalah agaknya hidup kami di sini, macamana nak besarkan anak2 dengan suasana begini.

Tak lama kemudian Abi beritahu tentang penubuhan madrasah ini. Abi cakap nanti lainla suasananya Insya-Allah. Saya memang pegang kata2 Abi, merindukan azan paling kurang tanda adanya orang Islam di sini. Biar pun kecik tapi dalam hati kita yang dah terbiasa dgn azan memang amat2 mengharapkan apa jua syiar Islam akan ada di sini. 

Pada hari sambutan Mualidur Rasul madrasah dirasmikan oleh YB Salleh Kalbi, Ahli Parlimen Silam. Pelajar madrasah tak ramai, sehingga kini hanya 11 orang pelajar yang ada/diterima. Paling muda pelajar berusia 9 tahun. Tengok muka pun rasa kasihan je. Sedikit yuran dikenakan kepada pelajar namun ada yang dibiaya sepenuhnya oleh pihak madrasah kerana rata2 mereka dari keluarga miskin. Makanan akan dimasak oleh Mudir dibantu pelajar.

Suara2 tentangan
Kedengaran juga suara tentangan dari penganut Kristian yang tidak senang dgn penubuhan madrasah tu. Ya, sejak ada madrasah tu, ramai budak2 datang mengaji Iqra', yg tua2 ada datang berjamaah, yg muda2 walaupun sibuk melepak dan merempit dan bertatu badan mereka, ada juga yang singgah untuk solat. Ya, hidayah itu milik Allah jua.

Azan
Mula2 madrasah siap, saya duk tunggu2 suara azan tapi tak dengar. Tanya Abi, Abi cakap ada azan tapi perlahan sebab ada isu dari penganut Kristian tu la. 

Lama2 makin ramai jamaah walaupun tidaklah seramai yang diharapkan tapi suasana dah berubah. Pagi dan petang ada budak2 mengilik Muqaddam pergi ke madrasah. Kepada salah seorang budak2 tu, saya hadiahkan sehelai jubah untuk dipakai ke madrasah. 

Kini Ramadhan, azan dah boleh didengari dari rumah saya!

Nuha..
Sejak saya mengandung Nuha banyak diurus oleh Abinya. Abi sering bawa Nuha solat di surau. Nuha yang memang sedia nakal bertambah nakal apabila ada abang2 yang melayannya. 

Mak, nak p shulau (surau), nak p shulau!! Itulah raung Nuha.

Kena anginnya, Abi akan bawa Nuha. Setiap kali Abi ke surau Nuha meraung akan ikut, walaupun selepas 5 minit kemudian Abi akan pulang ke rumah hantar Nuha kerana Nuha kacau abang solat. 

Tiap kali mencari Abi, Nuha akan berlari ke surau madrasah. Tanpa selipar, Nuha berlari memasuki surau. Semua abang kenal Nuha. 


Nuha










Pelajar tahfiz termuda

1 comments:

Unknown said...

salam.. minta tuan punya blog ni sampaikan salam pada alfadhil ustaz syamsul ali marullah. ana da lost contact dengan beliau..
-mohd sofian seri petaling

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates