Hadis mengasihi saudara kita pilih hadis,
لايؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه ) ، رواه البخاري ومسلم
Maksud hadis:
"Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Maksud perkataan:
Mengasihi : Cinta, suka, bela
Saudara: Sahabat, keluarga, rakan, jiran, masyarakat
Maksud Umum:
Hadis ini ialah tentang menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia
Keterangan :
Maksud hadis di atas amat senang kita fahami dan mudah sekali kita hayati maknanya. Namun, semudah2 fahaman hadis itu amat berat untuk kita amalkan kerana sebagaimana kita tahu bahawa tiada apa yang keluar dari bibir Nabi Muhammad kecuali untuk kebaikan ummat.
Ruang lingkup Cinta dan Kasih
Ini bermaksud Nabi Muhammad memberi panduan bahawa ketinggian sesorang bergantung kepada rasa CINTA dan KASIH dengan;
- sebaik2 pergaulan,
- berakhlak mulia,
- bersabar atas cercaan manusia,
- memberi maaf kepada sesiapa yang menyakitinya,
- bersama-sama dalam kegembiraan sahabat,
- menziarahi jika sakit,
- melawat jika ada kematian,
- membantu anak yatim (penjagaan dan harta),
- membela ibu tunggal (balu dan janda),
- berkongsi kegembiraan dan lain-lain.
0 comments:
Post a Comment