Jul 24, 2011

Meneliti amalan



Muraqabah atau meneliti diri bermaksud menjaga kesopanan diri terhadap Allah yang Maha Pengawas dan Maha Peneliti serta menyerahkan segala maksud dan tujuan hanya kepadaNya sahaja.Perasaan seperti ini hendaklah disemat di dalamhati sehingga tercetus pelbagai amal soleh ke seluruh anggota .
            Allah s.w.t sesungguhnya Maha Menyingkap segala yang tersimpan di dalam hati hambaNya, Maha Mengetahui segala yang tersembunyi di lubuk kalbunya, Meneliti segala amalan hambaNya dan Mengawasi setiap langkah yang diusahakan.Segala rahsia hati manusia akan terbuka nyata dihadapan Allah s.w.t , seperti juga kulit badan yang terdedah jelas dihadapan mata manusia sendiri.
Terdapat dua cara yang perlu dipraktikkan oleh seseorang bagi meneliti amalan –amalannya.
Pertama: Meneliti amalan sebelum melakukannya.Sebelum melakukan sesuatu perkara seseorang itu hendaklah melihat kepada niat .Apakah ianya bertujuan kerana Allah atau dicampuri oleh keinginan hawa nafsu atau menurut kemahuan syaitan?Sekiranya jelas bahwa amalan itu dilakukannya semata-mata kerana Allah ,maka teruskanlah…Namun, seandainya ia bukan, hadirkanlah perasaan malu  dan segera memberhentikannya.Anggaplah bahawa amalan itu sebagai musuh dirinyakerana ia akan membawa bahaya dan kemudharatan kepada dirinya.
Kedua: Meneliti amalan ketika melaksanakan.Adalah wajar sekali bagi seseorang it meneliti setiap amalan yang sedang dilaksanakannya.apakah caranya betul seperti yang disyariatkan?Kemudian hendaklah dia mensucikan niatnya agar amalan itu terlaksana dengan sempurna.
Penelitian seumpama ini haruslah dilakukan oleh seseorang di dalam setiap amalannya.Ini kerana setiap amalan itu boleh dikategorikan kepada tiga :iaitu samaada ketaatan, kemaksiatan ataupun mubah(harus)Penelitian amalan Ketaatan adalan dengan cara menjalankan amalan itu secra tulus ikhlasdan cukup sempurna.Manakala penelitian amalan yang berupa maksiat adalah dengan cara perasaan kesal , malu dan hendaklah dia mengikis terus maksiat itu dari dirinya serta  dia berjanji kepada dirinya tiak akan mengulanginya lagi.Dan meneliti amaalan harus adalah dengan cara menjaga tatatertib dalam melakukannya.
Di dalam menjalani kehidupannya seharian , manusia tidak dapat lari daripada tiga perkara ini, ianya telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t.Baik dalam perbuatan yang wajib  dilaksanakan , mahupun larangan yang mesti ditinggalkan. Baik perbuatan sunat yang digalakkan oleh syariat Allah supaya segera mencapai keampunan Allah,mahupun dalam perbuatan harus yang memang mengandungi kebaikan-kebaikan untuk jasmani dan rohani yang dapat menolong untuk melakukan ketaatan kepada Allah.Apa yang penting adalah muraqabah atau penelitian terhadap amalan –amalan yang dilakukan.Allah s.w.t berfirman:-

ومن يتعد حدود الله فقد ظلم نفسه

Maksudnya:”Barangsiapa yang melampaui batas Allah neccaya dia telah menzalimi dirinya sendiri.”
            Orang-orang yang telah selesai dengan amalan amalan fardhu dan berkuasa untuk menmbah kebajikan ,hendaklah memilih amalan-amalan lain yang utama untuk dikerjakannya.Ini kerana orang yang berupaya menambah keuntungan tetapi ia melengahkan usahanya itu ,pastilah akan menanggung kerugian yang besar.
Kesimpulannya, Muraqabah membantu seseorang hamba menyelidiki dan meneliti setiap amalan yang dilakukan berada di landasan yang betul. Bukan sekadar itu sahaja ,ia juga menjadikan kita bijak menyusun priority amalan yang perlu dilakukannya. 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates