Jul 24, 2011

Adil pada Anak



Saudara,
Sebenarnya kita sekarang dalam musafir dan pengembaraan hidup menuju ke destinasi akhirat. Sekarang kita berada di alam dunia dan kita akan melalui satu alam lain yang di namakan alam barzakh atau alam kubur sesudah mati. Di alam ini Allah telah sediakan untuk kita perbagai hidangan nikmat dan azab. Bagi roh para mukminin, mereka amat beruntung kerana berada di dalam barzakh yang luas, bebas, tidak terikat serta mendapat nikmat Allah s.w.t secara mutlak. Hal ini berbeza dengan roh orang kafir dan orang-orang yang berbuat dosa ,kerana mereka berada di dalam barzakh yang sangat sempit, siang malam dilingkungi dengan azab dan tidak bebas berterbangan kesana kemari di alam malakut.

            Al-Hafiz Al –Munziri  di dalam kitabnya ‘At-Targhib wat- Tarhib, mencatatkan sepotong hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Sayidina Abu Said Al-Khudri r.a , hadis ini telah menjelaskan tentang alam kubur:-
“Sekali Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyang dan baginda melihat beberapa orang sedang bergelak ketawa dan berbual kosong ,lalu baginda bersabda,”Kalau kamu semua memperbanyakkan mengingati perkara-perkara yang melenyapkan segala kelazatan hidup nescaya kamu akan menjadi sibuk serta tekun beribadah sepertimana aku melihat kematian.Oleh itu, perbanyakkanlah mengingati mati kerana tidak berlalu satu hari melainkan kubur akan mengatakan “ Aku rumah kesepian, Aku rumah keseorangan, aku rumah tanah dan aku rumah ulat dan cacing.

            Apabila dikebumikan hamba yang beriman, maka kubur berkata kepadanya,”marhaban wa ahlan” iaitu ucapan selamat datang, kemudian kubur akan berkata”kamu adalah orang yang aku kasihi di kalangan mereka yang berjalan di atas belakangku, dan apabila aku menerimamu hari ini, maka lihatlah apa yang akan aku lakukan pada kamu, selepas itu kubur akan menjadi luas untuknya sejauh pandangan matanya, dan dibukakan juga kepadanya pintu yang menghadap ke syurga….
 Apabila dikebumikan hamba yang berdosa dan kafir pula, maka kubur akan berkata kepadanya, ‘La marhaban wa la ahlan” iaitu ucapan yang menunjukkan tidak diundang dan tidak diterima kehadirannya. kemudian seraya berkata” Engkaulah orang yang paling aku benci yang berjalan di atas belakangku selama ini, Dan apabila aku menerima kamu hari ini, kamu akan saksikan apa yang bakal aku lakukan terhadapmu, Sabda Nabi s.a.w. Sejenak selepas itu, kubur pun sedikit demi sedikit menghimpit tubuhnya sehingga bertemu rapat segala tulang belulangnya.Kemudian, dihantarkan kepadanya tujuh puluh ekor ular besar lagi berbisa.yang mana kalau seekor daripadanya menyemburkan bisanya ke atas muka bumi , nescaya tidak akan tumbuh sesuatu apapun. Ular- ular ini akan membelit mereka sehingga tiba hari perhitungan.

Justeru itu Saudara, marilah kita menginsafi diri bahawa suatu hari nanti kita akan pulang akhirnya kepada kejadian asal kita iaitu tanah. Dengan demikian, kita perlulah sentiasa bersedia. Sesungguhnya, kematian mengingatkan kita bahawa banglo, atau apartment mewah yang kita miliki akan ditinggalkan jua akhirnya,Di dalam lahad kita akan berbaring samada aman atau sengsara.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates