Sep 1, 2011

Idea Rekonstruksi Makna Sejarah dah lama ada - Terima Kasih Mat Sabu

Komunis penjajah negara!!
Itu fakta atau auta?
Komunis atau British?
Ramai yang mendidih saraf sedar apabila kalimah komunis kononnya diangkat sebagai wira negara. Kenyataan sebenar ucapan itu hanya mereka yang tahu sahaja.
Pencerahan kembali puing-puing sejarah Islam atau sejarah sahabat oleh DR.MAZA sedikit masa dahulu memberikan saya lintasan di akal bahawa sejarah itu punya tangan yg memberikannya otoriti, namun sedarkah kita siapa sebenar atau apa sebenar yang yg punya otoriti memaknakan sejarah atau mengembalikan sejarah kepada maknanya yang sebenar-benarnya. Penguasa yang berkuasa, naratif mulut ke mulut, catatan di kertas lunyai, atau apa..?? Nyatanya sejarah negara bukannya runtuhan yang tumbang dan mati begitu sahaja.
Kitab sejarah at-Tabari, Muqaddimah, mungkin antara rujukan untuk sejarah Islam / sosiologi selain hadis dan Quran, namun apa pula rujukan asli dan sahih untuk sejarah negara yang tidak punya rujukan muktabar, tidak punya hadis tentangnya..?? Ini persoalan central sejarah negara kepada ahli sejarah, peminat dan kini menjadi bahan tarikan rata2 rakyat yg punya rasa sedar. Sejarah itu nyatanya hak milik semua orang!
Komen dari mereka yang bukan ahli sejarah tentang sejarah kemerdekaan negara nyata tidak menggembirkana saya. Rata-rata berpremiskan sentimen emosi sebagai bekas askar, bekas polis, keluarga yang dibunuh dan lain-lain lagi. Ada pun perkataan mereka itu benar namun bukan itu central subjek perbahasan.
Sejarah sepatutnya memberi inspirasi kukuh untuk pembangunan peradaban manusia namun apa yang terjadi ialah sejarah melalui proses rakaman secara tidak adil nyata satu pihak sahaja berada sebagai golongan kanan manakala yang selebihnya sudah tentu kekirian!
Di Barat, sudah lama ada idea merekonstruksi atau membina semula makna kepada sejarah mengikut apa yang sebenarnya yang terjadi, bukan hanya merujuk atas rujukan lalu semata-mata. Alangkah teruknya kita yang memamah bulat-bulat suapan sejarah  sedemikian rupa.
Michel Foucault, filosof Perancis menggagaskan gasasan The Discontinuity of History (Ketidaksinambungan Sejarah) atas wawas sedarnya bahawa;


1. Sejarah harus dicurigai kerana penuh dengan hal yang menyesat dan meragukan.
2. Sejarah adalah sebuah konstruksi sosial yang didalamnya terlibat kekerasan politik, kerakusan kuasa dan kolaborasi antara kekuasaan dengan pengetahuan.
3. Sejarah itu berkembang atas tangan para eksploitat.


Justeru, menurut beliau, sejarah perlu dibongkar dan diberi definisi kembali apa jua yang dianggap established secara konvensional selama ini agar ditemukan kepalsuan-kepalsuannya.
Saya setuju dengan pandangan beliau “History of the Present”, bahawa Sejarah perlu ditulis atas perspektif masa kini untuk kepentingan masa kini. Walaupun sejarah itu perstiwa yang tisak berubah namun pemaknaan sejarah itu boleh ditafsirkan sesuai dengan kehendak zaman, barulah sejarah itu tidak mati. Bukan kronologi atau methodologi yang menjadi kepentingan akan tetapi isi kemanusiaan sejarah itulah intinya. Sejarah bukan sekadar rakaman angka tarikh, tempat dan peristiwa yang terjadi bahkan humaniti dalam sejarah itu perlu kerana sejarah yang hidup sepanjang zaman ialah sejarah yang terangkum padanya aspek falsafah, sosial, ekonomi, budaya, perubatan, geogologi, gender, sastera dan lainnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:

Free Blog Templates